♥Cristiano Ronaldo.
Sunday, December 2, 2012 | 7:47 PM |
Assalamu'alaikum.
Tajuk tu takleh blah dengan nama Cristiano Ronaldo hahaha. Lama tak ikut perkembangan bola -.- Dulu aku fanatik gila dengan bola. Aku peminat setia Manchester United. Dulu. Lepas Ronaldo berhijrah ke Real Madrid, aku memang dah kurang minat nak ambil tahu. Aku minat bola sebab dulu masa sekolah rendah, budak lelaki sebelah aku hari-hari cakap pasal bola. Daripada tak berminat, lama-lama jadi gila pulok. Hahaha rindu gila time tu. Bila ada game pagi-pagi buta, aku mesti mesej pasal game tu dengan kawan aku. Masa tu kan nak UPSR, so aku kadang-kadang study sambil tv terbukak layan game MU atau Liverpool walaupun hakikat sebenar aku memang tak study kalau mata memang tak lepas dari tv. [-.-"]
Time Ronaldo still dengan MU -.-
Dulu aku anti Chelsea -.- tak tahu ah kenapa. Mungkin sebab budak lelaki yang sebelah aku tu pengaruh aku masa tu.. Hahaha entah. Lupa dah. Dulu Ronaldo ah lelaki pujaan hatiku. Wahahahahaha Dia hensem okay sebelum aku kenal Kaka. Tapi aku setia dengan Ronaldo. Aku selalu gaduh dengan sepupu lelaki aku sebab dia selalu perasan Chelsea dia hebak sangat. MU aku lagi power ah masa tu. Pheww Kadang-kadang rindu nak layan game malam-malam buta tapi sejak ayah aku dah tak ambil sports chanel dekat Astro, aku memang tak tengok langsung. Dulu jugak aku minat Steven Gerard, kapten Liverpool. Aku rasa dia hensem walaupun tua hahaha. Masa aku minat MU, goalkeeper dia waktu tu ialah Edwin Van Der Sar. Dia hebat. Tapi dia memang dah tua. Sekarang dia dah tak ade. Aku tak tahu lah kalau dia dah pencen u.u Rindu nak tengok dia jadi keeper pakai baju warna hijau lengan panjang. Jersi no1 [--,]
Aku frust gila masa Ronaldo nak tinggal MU tapi dia cakap dah memang impian dia nak main dengan Madrid. Redha ajelah. Masa tu Carlos Tevez pun still dengan MU sebelum ke Man City. Aku ingat dia. Nani, Dimitar Berbatov, Patrice Evra, Park Ji Sung, Wayne Rooney, Nemanja Vidic, Michael Carrick dan dan..lupalah. Tu pun mujur aku ingat. Yang lain semua dah lupa nama. Hahaha paling tak dilupakan, Sir Alex Ferguson. Dia selalu makan chewing gum masa tengok MU lawan -.- Sekarang mostly kawan-kawan aku layan bola Malaysia aje. Sampai aku pun terikut-ikut. Masa aku minat bola dulu, Malaysia tak hebat mana macam sekarang. Kat sekolah aku takde kawan nak ajak cakap pasal bola Liga Inggeris nih. Semua semangat Harimau Malaya. Selamanya Harimau Malaya~ *sila nyanyi kuat-kuat* hahaha.
Aku paling tak suka orang yang bajet-bajet minat bola Liga Inggeris and buat macam dia tahu semua pasal bola. Cehhh aku dah minat lama dulu lahh, Tu pun nak tunjuk yang dia tahu semua depan aku. And I was like "0.0 Oooooo ye ke?" *mukantahpape.jpg* *sigh* padahal aku pun bukannya tahu sangat. Bajet boleh la kan HAHAHA Aku teringat semua ni masa orang duk buat hashtag #prayforgaza and pasal Ronaldo jual kasut emas untuk didermakan kepada Gaza. Mulianya hati laki aku tu T.T

Hensem kan laki aku pakai kopiah. Moga Allah buka pintu hatinya untuk memeluk Islam. Amin. Sama-sama kita doakan. Jangan lupa doakan saudara kita di Gaza,Syria dan seluruh dunia juga ;)
>> || <<