♥In memories.
Wednesday, June 5, 2013 | 9:37 AM |
Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum.
Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udara pada pagi ni. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Allah masih beri peluang untuk bertaubat. Mungkin kita lupa, ada orang yang tidak berpeluang untuk bertaubat apabila sudah sampai waktu nyawanya diambil. Ya Allah, janganlah kita diantara golongan itu. Muhasabah diri ;'(
Hari Ahad lepas, kami semua dikejutkan dengan kematian Uncle. Speechless dibuatnya. Tapi sebenarnya semua orang dah bersedia nak terima khabar tu bila doktor cakap uncle dah nazak. tapi tak sangka secepat tu. Sebelum dia meninggal, hari jumaat tu, aku singgah Kuantan nak lawat dia dekat icu. Memula papa cakap nak lawat dia lepas balik dari KL. Tapi mujur papa ubah fikiran, cakap nak pergi waktu tu. Tapi masa tu pukul 3 petang. Bukan waktu melawat dan papa kata aku dengan adik-adik tak payah ikut. Duduk je dekat rumah mak saudara aku. Tapi waktu tu aku rasa, kalau aku tak pergi lawat dia, aku dah takda peluang lagi lepas tu. Sungguh, Allah Maha Mengetahui.
Sampai je dekat wad icu, mujur doktor kasi masuk. Masa masuk tu Ya Allah keadaan dia. Sedih sangat-sangat. Dengan wayar yang berselirat dekat badan, dengan semua mesin yang banyak dekat tepi katil. Sebak aku tengok keadaan dia. Waktu tu jugak, orang sebelah katil uncle meninggal. Aku waktu tu rasa macam dikelilingi dengan kematian. Rasa takut gila T-T Uncle koma hampir seminggu lebih. Tapi dia macam sedar lah jugak sikit-sikit. Aku memang salute gila dekat anak-anak dia. Yelah anak-anak dia kecik lagi. tapi boleh terima kenyataan ayah diorang sakit yang tunggu masa je. Sekejap je aku pergi lawat dia lepastu straight pergi KL. Hari Ahad tu, Aku pun taktahu kenapa aku asyik fikir pasal Uncle meninggal. Memang hari tu aku banyak gila fikir pasal uncle lepas tahu dia nazak. Dalam maghrib, mak sedara aku call cakap Uncle dah takde. Innalillahiwainnailaihirojiun.
Malam tu, jenazah Uncle dibawa balik ke Melaka sebab dia orang sana. Malam tu jugak mak ayah aku decide nak pergi Melaka sebab kesian dekat mak sedara aku takde orang. Sampai dekat Melaka, orang tengah nak solat jenazah. Aku tengok sepupu sepupu aku, Alhamdulillah diorang okay aje. Cuma nampak muka Danish muram je. Dia paling kecik sebab tu mungkin tak dapat terima hakikat ayah dia dah takde. Part paling sebak yang hampir semua menangis bila anak-anak dia disuruh cium dahi uncle buat kali terakhir. Anak yang isteri pertama Uncle tu, aku rasa tak semua pergi cium. Entah lah kenapa. Tapi anak yang mak sedara aku, semua cium kecuali Amir. Aku sebak gila bila tengok Danish nangis. Memang sedih sangat-sangat. Nabila aku tengok kuat gila. Dia tahan air mata sampai aku pulak yang menangis. dia cakap dekat aku "Janganlah nangis, kalau nangis nanti kita pun nangis" Masa tu dia dah kesat air mata. Aku mampu gosok belakang dia je.
Yang peliknya, Amir langsung taknak pergi dekat dengan ayah dia. Kitaorang suruh pergi cium, dia taknak. Suruh pergi dekat nak tengok untuk kali terakhir pun dia taknak. Dia macam takut. Masa orang bawak jenazah pergi kubur, aku ajak Amir pergi, dia cakap taknak. Aku ajak lagi dia cakap " Ibu tak kasi Amir pergi. Ibu suruh Amir duduk dekat rumah.." Aku tahu dia tipu sebab dia takut mungkin. Alhamdulillah pengebumian Uncle takde masalah. Selesai semua tu, Aku tengok cousins aku semua dah boleh tersenyum buat lawak. Danish je lah yang menangis. Ye lah budak kecik. Tak keluar lagi dari kawasan kubur, Adli start nok sakitkan hati orang. Adekah dia tidak berperasaan? Ingat lawak ke panggil aku pendek?! Bab menghina ketinggian aku ni mamang dia ah champion. Sampai tujuh keturunan pun aku rasa tak hilang lagi. Aku tak mampu buat apa-apa. Kalau boleh rasanya nak amik kasut pastu aku lempang dia sampai mampus. Kasor ayat bohh -,- Sabar je yang mampu ku lakukan. dapat jugak pahala walaupun kutuk dalam hati -,- ehhhhhh. kay stop it.
Selesai aje semua tu, terus pergi Kuantan sebab papa ade kursus. Mujur hotel tepi PantaI Telok Chempedak. SubhanAllah.. cantik gila pantai dia. Maklumlah kita first time pergi sana -,- wkwkwk makan pun best dekat sana. petang esoknya balik Terengganu. Alhamdulillah perjalanan merentasi 4 buah negeri selama 6 hari berakhir. Maka bermulalah hidup yang lifeless rasanya di baiti jannati. Paling best, aku langsung tidak shopping sepanjang holiday kononnya. Sempat pergi The Mines dan Berjaya Megamall di Kuantan. Keh sungguh awesome cuti ku kali ini -.- tapi Alhamdulillah untuk segalanya.
Homework Biology yang super duper awesome, aku tak sentuh pun lagi. Sayang teacher D ;*
>> || <<