FOLLOWCASTLE




Asyiqin's





niki@byeongari


♥Damn me!
Thursday, June 6, 2013 | 3:20 PM | 0 bias


True Friendship ;')

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum.

Alhamdulillah untuk kehidupan hari ini. Masih bernyawa ;) Okay masa berjalan sangat pantas mengalahkan jet swoosh swoosh dan hari ini sudahpun Khamis. Means hanya tinggal lagi 2 hari cuti sebelum memulakan persekolahan pada hari Ahad. Ya untuk Terengganu. Cries a river ㅠㅠ Kenapa cepat sangat woi. Huwaaaa aku dohlah stress gila sebab berat badan naik menggila sekarang ni. What the... 6 bulan aku duduk  Shams boleh naik hampir 5 kilogram! ASDFGHJKL!! Sungguh luar biasa. Aku tak faham ni. Selama aku duduk Khairiah, dalam setahun paling banyak aku naik 2 kilogram tapi turun balik. Ini tidak ni. Padahal dekat Shams punyalah jauh berjalan sehari-hari kalau nak dibandingkan Khairiah. Dulu tak payah naik tangga bertingkat-tingkat sekarang toksah cakaplah setiap hari semput nafas naik tangga. And still berat badan naik mendadak cemni?! Ya Allah. Sebab ape eh?

Firstly, aku rasa ini semua pengaruh Aina Basirah ni. Yelah dia makan banyak gila tapi badan maintain kecik -..- AINAAAAAAAAAAAAAAAAA!! Hurhhhhhh lepas ni doh tokleh ikut Aina pergi beli makanan dekat pakcik motor tepi pagar sekolah. Insaflah insaflah.. Better aku pergi ikut Izzati sebab semek tu kurang makan petang-petang balik sekolah. Lepas ni dah takmoh bawok bekal nasi minyak! Membunuh betul. Antara pergi turun koop sorang-sorang atau join lah geng mana-mana yang rajin gila nak turun atau JANGAN MAKAN WAKTU REHAT! Ini melampau ni ㄱ,ㄱPatutlah banyak gila baju yang aku tak muat. Baju sekolah yang besar gedabak dulu sekarang fit ikut body you~~ <--ini saje kasi effect lagi dramatik -,- Memula ingatkan naik dalam 2kilo je. Sekali timbang, amekkau! Gedebush tergolek terlentang terguling terpaku terdiam semua ada. Dan keinsafan dalam diri terus menerpa -.- Mujurlah Allah bagi kesedaran kalau tidok, naik 10 kilo agaknya bunuh diri mungkin? Astarghfirullah. Mungkin hanya tahap mengalami kemurungan yang berpanjangan tanpa penghujung sehingga menemui kematian? Allah.. Semua tahap nak mati ni kenapa -.-"

Actually bukan pasal berat badan pun yang aku nak cakap tadi. Sebut pasal berat tetiba jadi emo semacam. Sedih siot -.- Sebenarnya aku sedih bab kawan-kawan ni. Rasa macam ukhuwah antara kami sudah mempunyai jurang yang agak besar. Terutama dengan Khairians lah. Pehal semua macam diamkan diri. Selalu kalau cuti cenggini, mesti ada mesej tanya "Buat apa cuti ni?" "Pergi mana cuti ni?" Jom keluar cuti ni?" Sekarang satu pun tadak. Biasa Faizah yang selalu kacau orang. Sekarang dah takde ㄱ,ㄱ Semua bawak haluan masing-masing. Budak-budak IQT pun senyap je. Awal cuti je sempat call Mujie. Fiq pun takde mesej. Aku takmau ah aku je yang start dulu mesej diorang. Nampak macam aku sorang je yang duk ingat kat diorang. Diorang entah-entah dah delete nama aku dari memories diorang. Sedih sedih. Aku takmau hilang kawan-kawan aku yang dulu sebab dekat Shams, aku mana ada kawan. Huwaaa ini pun sedih. Setakat Qistina, Aqilah, Nadiratul, Shafrina  tu boleh ah sebab kawan dah lama.

Yang lain haram semua tak tegur. Awkward gila okay. Takde orang boleh ganti kawan-kawan yang dulu. Sebab lain gila. Kawan dulu betul-betul faham kita cemana. Kawan sekarang, serba serbi tak kena. Kurang faham antara satu sama lain. Aku duduk sana aku takleh jadi diri aku sendiri. Aku rasa macam aku kena limitkan perangai aku. Payah tahu dok! Aku faham ah kot kenapa ade sorang budak tu macam tak selesa duduk Shams. Sebab kena jadi baik sepanjang masa dan berkawan dengan orang baik -.- Bukan bermakna kita ni jahat sangat, cuma kita tak terlalu baik macam gitu. Kita just budak average yang tak terlampau baik dan tak terlampau jahat. Eh iye ke? -.- Ape ape jelah. Tapi still aku takleh jadi diri sendiri. Aku macam kena acting jadi baik depan semua orang. Kena senyum depan semua orang. Kena jadi FAKE tahu. Kadang-kadang letih tapi terpaksa sebab keadaan yang membuatkan kita jadi macam tu. Orang lain senang ah cakap "takpe..takpe.. nanti terbiasa lah tu.." Tapi cuba duduk dekat tempat aku. Cemana? Kan best ade Fiq yang selalu faham aku. Yang selalu sekepala dengan aku. Yang takkan cakap aku ni galok ke gelenyaa ke gelenyut ke sebab dia memang faham aku. Kadang-kadang bila aku bergurau, ade yang anggap aku serius. Aku rasa macam aku takleh bergurau dengan manusia spesis macam ni sebab akan selamanya mengejek aku dengan nama orang ni, orang tu, senior ni, senior tu -.-" Kita gurau je lah awak. Takde sense of humour ke? Tolonglah lupakan pasal conduct ke hapa ke. Memula aku main-main je. Mane lah aku tahu diorang memang betul-betul ingat aku serius. Damn me!


Aku suka taip panjang-panjang macam ni. Aku bukan mintak orang baca pun aku cuma nak luahkan perasaan. Sebab takde orang yang sanggup nak dengar luahan sakit hati aku ni. Kalau dengan kawan di Shams memang takde makna ah aku nak cerita. Aku nak cerita dekat budak Khairiah, semua buat macam tak kenal aku, tak ingat aku, malas layan aku. Semua ada. Terkesot jugoklah hati aku dengan kawan-kawan tapi salah aku jugok mungkin sebab langsung tak tanya khabar. tapi ape nak buat. Takde masa dan kalau ada pun biasanya henfon aku tak top up. Bagus kan? Dah hampir 4bulan kot aku tak top up. Sebab aku rase takde sorang pun yang nak mesej aku. And i was absoulutely right! Memang takde sape pun cuma celcom je best friend aku yang setia hantar mesej yang ntah pape. Emang pun sekarang dah taknok kawan aku kot. Ayna pun malas layan aku. Aishah dah lupa aku. Bagus betul andaian aku. Tapi itu yang aku fikir bila korang semua cenggini. Sedih gila hidup aku Ha ha ha. Allah je yang setia dengan aku, yang setia dengar luahan hati aku bila semua orang menjauhi aku ;')



<<
>>