♥Aku dah tak minat kpop. Eh
Saturday, July 27, 2013 | 12:46 AM |
Assalamualaikum.
Ehemm ehemmm. Ya disini aku ingin membuat pengakuan bahawa hidupku sudah bebas daripada
KPOPPPPPPPPP!! ahahahhahahahha gelak paksa -.- serius tahun ni memang zero ah bab kpop aku. Insaf beb. Awal tahun tu ade lagi lah gedik gedik sisa kpop tu, tapi makin lama makin hilang. Alhamdulillah.. Ingat senang ke woi nak buang minat pada benda yang dah sebati dengan diri. haih. Aku bukan apa. Kadang-kadang aku rasa ape motif aku minat kpop ni sebenarnya? Minat yang dipupuk selama 3 tahun lebih ini sangat membunuh diriku.
Aku rasa mungkin dekat shams, tadok orang nak layan aku bab-bab kpop ni. Semua macam focus on study and real life. Tapi masa ade Huda, sempat gok lah berfangirling. Sejak Huda pindah, mane ade orang lagi ;( Nak cakap dengan Qehah, rasa macam tak kena. Entah. padahal dulu kita ah geng
LC tu hahahahaha. Ayna gemok tadok, hari aku jadi best tanpa berebut laki aku tu. Aku letih nok berebut
ayam keding. Aku letih gila-gila. Kadang-kadang aku rasa waktu aku sia-sia macam tu je. Tapi waktu tu jugaklah antara best moments dalam hidup aku. Well itu pengalaman ;) Sekarang macam aku sedar, yang aku nak hidup dalam real life aku. I mean.... tanpa dunia kpop ni semua. Sekarang mane tengok lagi Music Bank. Banyak kali sebenarnya terdetik dalam hati nak tengok, tapi entah. Tiap kali petang Jumaat tu mesti kata dalam hati
"Malas ah nak tengok, bukan ade paedah pungggg.." Aku dah takde hati nak tengok Infinite, Teen Top, BAP, EXO semua tu.
Lain orang, lain pendapat. Dan sekarang mungkin tiba masa untuk aku focus pada hidup aku. Focus pada mak ayah, adik-beradik, sahabat-sahabat, cousins, jiran tentangga and so on. melebih-lebih nampak -.-" Eventhough aku ni bukannnya baik sangat, tapi sekurangnya aku usaha.
Allah lebih pandang usaha kita kan. Aku nak lebih focus pada hubungan aku dengan Pencipta aku. In sha Allah. Aku ni jenis yang suka benda lagho tu semua. Yelah sifat shaitonnirrojim dalam diri ni memang susah nak buang. Tapi usahalah. Aku lalai, aku khilaf selama ni. Aku terlalu agungkan dunia kpop tu.. Nauzubillah. Tapi tak suka tara mana pun, tetap ade lagi perasaan minat nak tengok bias-bias ku itu mwahahahhahaha apa yang boleh aku buat sekarang ni ialah dengan kurangkan semua benda tu. Selain itu, dengan mengurangkan online twitter, hidupku lagi tenang. Alhamdulillah, aku istiqamah dalam bab yang satu ini. Hahahahaha padahal twitter tu boleh je kita sampaikan benda yang bermanfaat untuk orang lain. Tapi aku, takdenya nak memberi manfaat, aku melencong mengstalk hidup orang adelah. Jadi, untuk mengelakkan aku ni jaga tepi kain orang, that's the best way i could do.
Itu usaha yang aku buat. Ade orang boleh tinggalkan terus. Tapi aku takleh. Aku kena slow-slow baru boleh jalan. Aku dah tak obses dengan kpop, itu yang aku boleh banggakan. *Ehhhhh riok riok* hahahahaha. Dunia ni dah tua. Tunggu masa nak kiamat. Tak kiamat pun, ajal kita bila-bila masa aje.
Kun Fayakun. Bila Allah kata jadi, Maka jadilah. Sesungguhnya bila kita ingat mati, kita takut nak lakukan kemungkaran. Aku bukan orang berilmu, setakat nak beri peringatan bersama bolehlah. Setiap orang pernah jahil. Selagi roh tidak berpisah dengan jasad, selagi itu kita berpeluang untuk bertaubat.
Allahuakbar ;)
Masih belum terlambat untuk berubah menjadi insan yang lebih baik, tambah-tambah pada bulan mulia ni. Perbanyakkanlah ibadah. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
>> || <<