FOLLOWCASTLE




Asyiqin's





niki@byeongari


♥Random dan hari sukan yang zaman purba dulu
Friday, July 26, 2013 | 8:02 PM | 0 bias


Assalamualaikum.
Alhamdulillah kita masih merasa nikmat bulan ramadhan tahun ni. Sila bersyukur semua sebab mana tahu ramadhan tahun depan kita tak sempat sambut ke. Ajal maut di tangan Allah :') Hidup banyak suka duka. Ada hari ketawa terbahak-bahak, ada hari senyum je yang mampu, ada hari sedih tapi boleh maintain cool lagi tapi ada hari tu menangis tanpa sebab. Pelik kan? Errrr ignore ignore -.- Alhamdulillah sekarang kira boleh adapt dengan Shams. Walaupun kadang-kadang macam-macam benda yang pelik-pelik jadi. Kelakar pun ada. Tapi setiap benda yang terjadi ade kenangan tersendiri :) Manis weyhhhhh hahahaha

Okay, hari Khamis kemarin, kami yakni aku, aina, qehah, asmahani, aida dengan zati dengan bangganya telah menyertai pertandingan seni KHAT. Sila ketawa berjemaah -.- serius. Duduk shams kalau boleh semua pertandingan nok masuk. Yang kes tak dapat join tengok cite Iron Man III tu memang kecewa habis. Hahahaha tapi Qis last minute kabo boleh join. Hmmmmm tawar hati doh masa tu. Sobs. Masa buat khat hari tu, ya Allah malu gila. Buruk kemain -.-" aku rasa kali terakhir aku buat khat masa form 2. Tu pun khat nasakh aje. Hahahaha tapi demi sijil tercinta, kami tetap buat tanpa segan silu walaupun tahap malu sudah barada pada kadar paling maksimum. Huhhhhh sabor jelah. Lepas naik kelas, tanya orang lain ade amende dekat dewan, pastu Aliaa kata MPP bagi amanat terakhir. Semua macammmmmm "Menyesal aku tak pergi..." Hahahahaha sayang benor hangpa dekat MPP ye. kahkahkah

Tetiba teringat pasal hari Sukan. Dah lama sebenarnya, tapi apakan daya, baru hari ni termampu nak cerita hahahaha. Walaupun rumah Merah ku kalah, Kami kalah bermaruah okayyyyyyyyy hahahahaha. Paling best part perbarisan rumah kot. Mascot rumah kuning nakal gila. lawok habis. Rumah biru punya comel gila woi, Semua pakat cair time budak tu senyum dengan lambai-lambai tangan. Hahahahahaha Rumah Hijau punya Shrek paling memikat youuuu walao jk jk. Rumah merahhhhh... hmm aku pun taktahu ape yang best pasal rumah aku. Baju red riding hood kot? hahahahahha


Khemah Rumah Merah in the making o.o

Aku lupa rumah mane yang menang khemah paling cantik. Aku rasa rumah Kuning..ke Hijau? Hahahaha ku sudah lupa -.- Lepas habis tengok khemah semua ni, kiteorang naik kelas, lepak-lepak sambil makan. kot? hahahahha dan dengan bangganya ku ingin menunjukkan gambar kawasan sekolah kami yang sangat photegenic. Ehhhh haha -,-


Adakah anda nampak jambatan kecik ditengah tengah kolam ikan yang besar itu? hahahahha itulah jambatan yang kami idam-idamkan untuk menjejakinya namun masih lagi tidak berkesempatan walaupun hari-hari lalu dekat situ -.- setiap kali kami ingin menjalankan misi itu, mesti ada halangan yang datang. Phew.  Kat sini boleh ah berangan nak jejak, kalu dekat Khairiah, aku 100% yakin yang cikgu letok papan tanda besar gedabak "KAWASAN LARANGAN" hahahahaha rinduuuuuu


Ini pula adalah port paling best untuk lepak kerana angin yang sepoi-sepoi bahasa (peewit..-.-) dan pemandangan yang sangat menarik serta mempesonakan seperti gambar di atas. Tidakkah anda juga merasa begitu? Tidakkah? Dengan kehijauan airnya yang suci lagi murni hahahahhaha tapi malangnya ini adalah port muslimin -.-" kami hanya dapat merasai nikmat berada di sini ketika semua orang dah balik dan biasanya aku dengan aina selalu datang sini time bosan yang maha bosan serta malas. Tudiaaaaa


Anddddd the last one ish my strategik punya tempat dalam kelas. Hahahahaha strategik lah sangat kan, tangggg tengahari je mula ah silau kemain nok tengok whiteboard ditambah pula dengan tingginya kepala manusia di depan tu. Ya Allah memang dugaan duduk tempat ni tapi best ah sebab diapit oleh dua orang best student okayy!! hahahahha jealous please ;p

Ni perbarisan petang tu. 

 TAMAT

Mujie adekah anda ingat masa ni? Form 2. Semangat makan hahaha #throwback
Alhamdulillah atas kehidupan yang bermakna ni :')



<<
>>