Monday, August 5, 2013 | 10:26 PM |
Assalamualaikum.
Aku ni takdok benda pun yang nak cerita. Saje. Aku tengok We Got Married Taemin dengan Naeun. Sweet wehhhhh! Comel je dedua manusia tu. Tapi WGM sekarang tak best kalu nak dibandingkan dengan WGM dulu. *aku kan peminat setia Yongseo* -,- Takleh ke dia buat sambungan untuk Yongseo sahaja? Hadap je aku tengok hari-hari lol Aku takde motip ni. Menghilangkan rase entahpape dalam diri sebab orang tu tk wish birthday aku *sila lempang muka aku lelaju* Raya tahun ni sure bosaaaaaaaaaaaaaan nak mampus. Aku langsung takde semangat sebab biasanya aku dipinggirkan oleh sekalian manusia dekat situ. Dan aku satu-satunya manusia yang akan jalan sorang-sorang dengan telinga sumbat walkman sambil berkhayal
kahwin dengan prince charming. Aku laaaaaaaaaaah tu yang nampak macam kesunyian anak terbuang. Pffft -,- perghhh buat sakit liver aku aje.
Ayah aku esok dah nak pergi kerja. Tahun ni raya tanpa ayah aku lah nampaknya. Tapi takpe, ianya sudah dikira biasa. Ayat penyedap pankreas -.-" Cuti ni aku rasa aku ade banyak gila kerja walaupun aku rase aku takde homework. Ape niiii. Biology cikgu suruh lukis gambar digestion dengan villus. Sejarah cikgu suruh buat nota sampai siap. Masa cikgu kata suruh hantar nota siap lepas cuti aku terus paling dekat Yana dengan muka yang macammmmmm
"Sejok bile kite ade nota sejarah!!" Okay tu dia. Tapi rupanya aku yang amnesia. Aku buat nota sampai bab 2 aje lepastu buku nota sudah dipinggirkan dan aku tak tahu kat mana ia sekarang -,- Aku rasa kan kalau Ustaz PQS dengan Ustazah PSI mintak nota konfem satu kelas buat muka
" Nota PQS/PSI tak pernah wujud dalam hidup aku!" Yang ni aku pasti. Cehhhh
Aku tak pernah buat pun nota untuk dua subjek tu. Inilah contoh pelajar yang nak naik kelas tapi satu kerja pun tak buat. Setiap kali Ustaz Burn cakap
"Kekgi kalu awak nok tulih nota, wak gini, gini, gini *sambil tunjuk contoh di whiteboard dengan semangat membara*" and satu kelas semua buat muka blurr. Takdok orang kisoh pun ape yang ustaz kabo. Ahahahahaha. Nota kimia pun aku tak siap lagi ni. Aku tak tahu ape salah kimia dekat aku. Aku tak tahu sebab ape aku takleh gi dengan subjek ni. Kalau kire, cikgu kimia tu best gila faham nak mati mengajar =.= Ape ntah masaloh otak aku. Sebab tu aku macam heart attack bile dengar muslimin kelas aku dengan bangganya kabo dekat cikgu yang diorang siap hantar belaka dah. Memang tabik spring ah sebab siapkan semua latihan. Tak macam aku. Latihan dalam buku aku tu macam chipsmore. kejap ade kejap takde. Konon exam akhir nanti, nak buat yang terbaikkkkk! Nak naik kelas yang dah ditarget tu. Tapi usaha tiada. Hanya berdoa.
Kite kalau nak suruh Allah bantu, kita yang kene usaha dulu lepastu berdoa dan lepastu bertawakkal. Ini tazkirah pada diri sendiri. Hilangkan sifat malas yang mengada-ngada dalam diri.
Doakan aku berjaya naik kelas tahun depan.
Tahun depan SPM.
Takleh berpoya-poya dah.
Cemana ni.
Addmath aku macam nak mintak kene belasah dengan Cikgu Loh.
Mathmode pulok macam nak kene lempang 360 darjah kasi berpusing satu badan.
Fizik aku macam nak kena bleber 7 hari 7 malam tanpa henti oleh Mama Ya. Aww -..-
Usaha tiada. Nok berjaya cemana?
USAHA. DOA. TAWAKKAL.
>> || <<