Thursday, August 15, 2013 | 9:58 AM |
Assalamualaikum.
Serius aku tak sangka aku buat keputusan ni -.-" Dalam masa seminggu lagi, Selamat tinggal Terengganu, Selamat tinggal Shams, Selamat tinggal keluarga, Selamat tinggal sahabat-sahabat semua :'( Allah.. sedih gila weyh. Tak pernah terdetik dalam hati yang aku nak pindah. Tak pernah terfikir yang aku akan dapat tawaran SBPI Kuantan. Tak pernah langsung.. kenapa sekarang? Aku tahu rezeki ni semua dari Allah tapi nak buat keputusan tu payah. Lagi payah bila mak ayah aku cakap
"Buatlah keputusan sendiri, umi papa takmboh masuk campur.." Aku kalau mak ayah aku kate pergi, aku pergi. Kalau mak ayah aku kata stay je dekat Shams, aku stay. Yang payah sebab keputusan tu aku sendiri yang kena buat -.-
Sedih gila bila aku dapat tawaran ni sebab aku tahu yang aku memang kena pergi luls aku pun taktahu ah kenapa. Hati aku kuat kate aku nok pergi tapi dalam masa yang sama aku sayang nok tinggal Shams. Kuantan tu bukannye dekat. Nok balik 2 minggu sekali pun takleh ;3 Ni lah mase mintok dulu, nok mintok sekoloh jauh-jauh. Sekarang bila dapat jauh, mula ah takmboh, menyesal tak sudoh. Tapi keputusan dah dibuat.
SBPI Kuantan akan jadi rumah kedua aku :) Aku dapat aliran Sains Agama. Kire subjek tak berubah lah. Dan mujur jugok pakaian sekolah sama je tapi aku kire banyok jugoklah yang nok kena beli. Mak aku ajak pergi beli petang ni. Hooray!
Actually, kemarin aku pergi rumah terbuka Faqihah. Dapat jumpa
Faqihah, Afiqah, Athirah, Aina Basirah dan Aina Gemok XD Alhamdulillah Allah makbul jugok doa aku nak jumpa sahabat-sahabat ni sebelum aku pindah. Walaupun tak semua ade, tapi okaylah dapat jumpa diorang. Lepas tu, Aku ajok pergi Giant dengan Mydin sebab nok beli barang-barang asrama. Semua pergi kecuali Pakeh. We had a great day! Ahahahaha walaupun pergi makan dekat Rasamas tu........pokai duit aku -.- Tapi tidak mengapalah, demi sahabat-sahabat tercinta lagipun payoh dah nok jumpa lepas ni. Lepastu, singgah dekat kedai jual cenderamata? ahahaha ape ape jelah. Fiq kasi keychain huruf P for Pikah and Thir pun kasi keychain yang comel gila. Aww thanks buddyzzzzz. Lepastu Thir balek. Aina Basirah kata nak bagi aku cincin persahabatan. Ahahahaha tapi aku tak berkenan cincin luls. Instead of cincin, aku dapat gelang persahabatan #punboleh Aku berkenan warna lain sebenarnye tapi Aina nok kasi aku warna hijau+kuning. Aku ambil je sebab bagi aku ape yang dia pilih lagi bermakna kut untuk aku :)
Errrr lepastu..... pergi beli barang dekat Mydin konon sebab lagi muroh. Aina gemok teman aku sebab Aina Basirah dengan Afiqah ku tidak tahu kemana mereka pergi -.-beli barang sikit lepastu naik atas jupa mereka berdua ahahahaha takleh blah Aina belikan bantal kecik. Lepastu beli lagi buku
1001 amalan sunat. Fiq pun bagi buku
Nikmat dan Azab Akhirat. Aku cakap kat Fiq, aku tak baca buku cenggitu sebab aku tak berminat. Tapi sebab Fiq sungguh-sungguh nok bagi, aku pun terima jelah. In Sha Allah Fiq, saya baca buku tu sampai habis lepas tu saya cerita balik dekat awak bila kita jumpa nanti ;) Aina Gemok belikan beg yang besor gedabok tu macam dia ah. Ahahahahhahaha Thanks semua. Aku rasa banyak ah jugok kut ape yang aku beli kemarin. Uhuk uhuk habis duit aku.... Masa balik hantar Aina gemok, Aina kasi hadioh lagi. Hadioh birthday kot? wkwkwkwk Dan hadiohnye adalah beg! Maseh maseh sebab beg tu comel gilaaaaaa XD Aku tak sangka ah kawan-kawan aku nak bagi hadioh sebab aku nok pindoh. Sedih pulok rase ;'(
BEST FRIENDS
They know how stupid you are
And still chose to be seen with you
Terima kasih sahabat-sahabat yang pernah hadir dalam hidup aku. Yang banyak bagi kenangan terindah, Yang banyak simpan rahsia-rahsia aku, Yang sanggup susah senang bersama aku. Dari aku tadika,sekolah rendah sampai lah ke sekolah menengah sekarang ni, ramai sahabat yang pernah hadir dan yang pergi dari hidup aku. Terima kasih kepada yang setia jadi sahabat aku '-' Alhamdulillah kerana Allah hadirkan sahabat-sahabat yang baik untuk aku. Bergaduh tu biasa lah. Asam garam dalam persahabatan :') Nanti susah doh nok jumpa. Ingat aku dalam doamu semua ya. Doakan aku berjaya di sana. Sahabat selamanya. Moga kamu semua dalam redha Allah. Aku sayanggggggggggggg semua XD *sebak rase..*
>> || <<