FOLLOWCASTLE




Asyiqin's





niki@byeongari


♥Akhirnyaaa balikkkkk ;'(
Friday, January 31, 2014 | 3:46 PM | 0 bias

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sebab dapat balik lepas sebulan merana duduk dekat sekolah.sobs. Aku taktau kenapa feeling homesick sangat. Minggu pertama sekolah bereh je boh, minggu kedua tahan lagi.. masuk minggu ketiga hanya Allah yang tahu perasaan nak balik tu. Aku ingat aku sorang je homesick tapi kalau kira sekelas aku tu semua sibuk nak balik termasuk yang lelaki. hampeh semua. Minggu keempat tu memang menghitung hari je lah kerjanya walaupun kiteorang dah menghitung hari nak balik tu start dari hari pertama lagi -.- Yang paling bengang bin bangang, kiteorang dijadualkan balik bercuti pada hari khamis. NAMUN, kesilapan telah berlaku. Pahang start cuti hari khamis means hari Rabu dah boleh balik.

Okayyyyy waktu tu aku dah nak nangis dah sebab tiket bas balik Terengganu aku adelah pada hari khamis pukul  4 petanggggg!!!! Mana boleh lambat sehari! Kawan aku dah kelam kabut sebab dia ajk tiket bas. On the spot jugak dia pergi ke terminal mintak tukar tiket balik hari rabu. Malang bagi kami rakyat Terengganu dan Kelantan sebab tiket bas dah habis -.- dan tiket bas takleh ditukar. Sekali lagi aku nak nangis sambil jalan hentak-hentak kaki kat tengah dataran sampai semua orang pandang slack dekat aku -.-" Waktu tu aku rase macam hape je, belajar semua benda dah tak masuk. Dahlah aku homesick gila lepastu sekolah salah tarikh balik pastu tiket bas takleh tukar. Memang cukup syarat ah kan nak membuatkan aku bertukor jadi incredible hulk malam tu. Memang nak mengamuk jelah kerjanya.

Disebabkan tu jugok, sekolah kata nak sediakan bas sekolah nak hantar balik terengganu dengan kelantan tapi kena bayar tambang ikut bas semasa. Okay aku terima bayar dua kali ganda. Tak kisoh sebab aku tetap nok balik and bagi aku kalau budak kelantan sanggup bayar, apetah lagi aku. So hari rabu habis sekolah, pukul 3 petang bas sekolah bertolak ikut highway Jabor. Nak dijadikan cerita pakcik driver tanya sapa nak balik terengganu? tapi takde orang menyahut pastu pakcik tu terus masuk pergi Kelantan. Kiteorang tersedar pastu cakap nak balik Terengganu, maka dapatlah syarahan percuma dari pokcik tu -.-" sampai terengganu, aku cakap aku nok balik bandar tapi pokcik tu marah aku cakap dia nok hantor sampai Batu Enam je. Memang boleh buat bengang lah kan, dahlah bayar mahal pastu hantar sekerat jalan je. Puiii sakit hati jiwa dan raga aku duk mengutuk pokcik tu. 6.30 baru mak sedara aku sampai. memang pengalaman gila ah kan. Taubat ah lepas ni aku takkan balik naik bas sekoloh lagi, sanggup aku bersusah payoh pergi terminal dari duk sakit hati macam ni.

Fuhhhhhh lega dapat luahkan semua ni. Bila balik tu ya Allah.. hilang semua beban dekat sekolah. Dah lupa pasal Bahasa Arab yang memang psyhco habis. Siap kene berlari dataran, ketuk kepala, kena maki hamun. Arghh hilang semua tu sekejap. Dan tolonglah. aku takmboh balik sekolah mengadap Bahasa Arab yang boleh buat aku sejuk kaki tangan tiap kali ustaz tu masuk. Aku dah taknak dengar ustaz tu keluarkan perkataan yang bukan bukan, dah taknak kena berlari, dah tak nak dianak tirikan, dah taknak dengar pasal budak ih band 12 tu dan dah taknak kena rotan. Letih nak harungi semua tu lagi. Baru sebulan. Cemana dengan lebihan 10 bulan lagi ni. Nak nangessss...... Sekolah tak sesusah ni kalau ustaz tak buat kiteorang macam ni. Budak 5IS tak bodoh dan tak bengap. Letihlah nak tahan air mata tiap kali perkataan bodoh dan bengap tu disebut. Letih jugok nak tengok kawan-kawan nangis tiap kali lepas subjek bat. Kelas lain duk mengata cakap kelas IS suka nanges, anak manja. Kalau kau tak pernah rasa macam yang kiteorang kena, jangan cakap sepatah haram pun pasal kiteorang. Andddddddddddd lastly aku nak kelas 4 Ibnu Khaldun balik!! Taknak kelas form 5 ni. sobs...





<<
>>