FOLLOWCASTLE




Asyiqin's





niki@byeongari


♥Back after 2 months
Sunday, June 1, 2014 | 6:06 PM | 0 bias

Assalamualaikum.

Alhamdulillah for everything.. Akhirnya dapat balik rumah walaupun lambat daripada orang. Syukur still dapat jumpa family walaupun dah rabak sedih tengok orang balik awal. Taktau nak cakap ape feeling balik tu memang best. Tapi tetibe rindu dekat dormmates. Ye lah dah setiap hari jumpa diorang. Bangun pagi diorang kejut, nk pergi mandi sama-sama, pergi makan sama-sama, pergi sekolah sama-sama, basuh baju sama-sama, iron baju sama-sama...Ape yang tak sama? Masuk toilet je lah kot yang lain pun -.- Bangun je pagi sabtu tu, pelik rase sebab bukan lagi tidur dia atas lantai dorm (aku selalu tidur atas lantai dorm ramai-ramai sebab malas nak stim katil -.-") sebaliknya atas katil dalam bilik sendiri. Waaaaaa nikmatnyaaaaa XD

Tapi nikmat sekejap je.. Sebabnye haritu nak buat majlis kesyukuran. So memang habis tenaga gue membantu makcik-makcik kat dapur kekekeke dan tetibe bangun pagi tadi... mata sebelah kanan merah menggila tapi tak gila sangat. Arghhhhh sakit mata ni. Asyik berair je sobs.... Semua salah cik nab sebab  tidoq sebelah aku....(tetibe salahkan makhluk Allah yang tak bersalah ni..) Mood berdebar kasi jantung nak meletus asbabnya result exam yang aku jawab entah apeape tuh. Sistem sekolah yang baru 50% keatas baru lulus. Gila apaaaaaaa. Yang selama ni pun ayik merah manjang. Cemana nak kejar kuning nih. Hijau memang kirim salam awal-awal ah. Tak kuasa mak nak pikir.. Ohhhhh whatever...

Firstly kan aku nak cakap pasal kehadiran 2 orang cikgu english yang baru ganti Madam Ana dengan Madam Ika. Sebak masa diorang nak pindah. Rindu dua-dua madam yang sangatlah sporting ;) Okay 2 orang cikgu baru iaitu Miss Liyana dan Sir Saifuddin. Miss Liyana semua dah kenal sebab dia ex student sekolah tu and tahun lepas posting dekat sekolah tu jugak. Yang aku nak cakap adelah Sir Saifuddin. Aku rase kehadiran dia sangat mendatangkan effect yang sangat besar terutamanya dekat budak laki lah yang pastinya. Firstday dia datang semua orang annoyed sebabnya dia dah kasi ceramah panjang2 yang membuatkan semua orang balik dari surau sangat lambat. Lepastu dia buat peraturan yang mana pukul 6 dah wajib ada dekat surau. Bagi aku perempuan macam tak kisah sebab kiteorang selalu awal kosongkan asrama. Dan tiap kali lalu depan aspura confirm ah senyap sunyi tanda tak bangun pun lagi. Hari demi hari budak laki jadi semakin bagus iaitu semakin awal. Pernah dua tiga kali kteorang lalu depan aspura.. senyap sunyi gila. Semua ingatkan aspura tak bangun lagi...Sekali sampai surau.. penuh dengan lelaki, perempuan berapa kerat je. Malu kemain lagi... Memang confirm jadi bahan ejekan budak laki kat kelas.. Hampeh...

Lepastu Sir Sai cakap dia nak rotan sape yang ponteng subuh..dan dia buat betul-betul. Sakit doe kena rotan..Aku memang tabik ah dekat Sir Sai sebab dia ibarat abang yang tegas bab agama nih yang selama ni tak pernah ade orang amek kisah. Budak laki hidup kat asrama tu dah macam ape dah.. Bila Sir Sai datang, baru lah nampak ketara perubahan diorang. Baru rasa macam boleh respect dekat ketua Badar si Zarir yang selama ni aku selalu nampak dia macam ditindas oleh manusia- manusia yang koyaa taiko -.- Haritu pernah Sir Sai denda budak yang lewat Subuh. Diorang kena peluk bantal masa perhimpunan. Satu sekolah bantai gelak tapi still buat lagi. Sir Sai cakap kalau diorang buat lagi.. nanti kena junjung tilam pulok mase assembly. Aku nak tengok je siapa yang kena. Thats it....

Fyi,aku rase kan sepanjang dua bulan dekat sekolah, macam-macam benda jadi. Hari Sukan haritu aku masuk perbarisan. Ya Allah penat gila toksah cakap ah. Dah ah selalu kena aim dengan amin aiman. Pastu sibuk nak salahkan Captain America sebab dia bagi arahan yang aku tak dengar. Hailaaaaaa. Nak sekeh rasenye kepala dia sebab mase practice berpuluh kali tu okay je. Sekali bila betu-betul boleh pulak dia main-main. Bila dapat tak seperti yang diharapkan.. rase kesian dekat konduktor, bebudak form yang bertungkus lumus marah kiteorang hahahaha terutamanya aku sebab selalu salah bila bab berhenti. Aku sokmo kena buat banyok kali lebih daripada orang....hukhuk.. Paling best mascot minion yang disiapkan budak laki waktu orang lain nak gi surau, dyeorang duk sibuk buat mascot lagi. kesian.. Tapi lagi kesian dekat adik aku yang kene jadi mascot tu. Berpeluh sakan bile dia keluar dari mascot padahal baru berapa minit. Memang nayaa ah dia dibawa kehulu kehilir oleh manusia yang tak berperikemanusiaan. Perghhh..

Mascot Minion kesayangannnnnnnn :* kekeke
Banyak-banyak event lain, Formal Dinner Kasturi- Harmoni best jugak sebabnya kiteorang yang organise. Walaupun banyak mende yang tak menjadi dan rase macam kosong je malam tu, still rasa bangga sebab makan nasi Arab dengan kambing golek. Sayangnya Ayahnda takde.. Paling best jugak bile semuaorang turun kasi kerjasama angkat segala benda dari Dewan Makan bawak pergi Dewan Perdana. Rase best gila tengok adik-adik duk bersusah payah angkut sementara kiteorang duk sibuk mengarah. Hahhahaha. Tak kejam kalau nak dibandingkan dengan lelaki Form 5 yang langsung tak tunjuk muka petang tu. Tak panas mana hati kite wehhhh..

Duduk atas lantai je mampu... Cr: Alya
Paling best makan suap-suap, ikut sunnah katakan hehehe sampai sudah hampir licin nasi duk makan bersuap. Aku boleh kira berapa kali je aku makan sendiri. Yang lain semua orang suap. Merapatkan ukhuwah sangat hahahha....Tapi memang agak hambar ah. Dispoilkan dengan bebudak yang tak mahu jejak realiti yang asyik duk ingat masa lampau. Cemana tu....Biarkanlah, aku nak tengok sejauh mana ukhuwah tu berpanjangan. Tu memang pengakhiran event sepanjang 2 bulan. Aku dah tak homesick macam dulu. Kekadang tu memang lah datang rindu menggunung dekat family, rumah, kampung dan macam-macam ah. Kalau budak yang duduk area kuantan siap menangis rindu mak walaupun mak datang tiap minggu.. Sila faham perasaan kami yang takleh jumpa mak ni....Sobsss



<<
>>