FOLLOWCASTLE




Asyiqin's





niki@byeongari


♥Alumni INTEK Officially
Wednesday, January 14, 2015 | 4:21 PM | 0 bias

[Ditaip pada 1/1/2015 hahaha jakun bapak lama]

Our lovely dataran yang banyak gila kenangan lol
Assalamualaikum.

Alhamdulillah harini 1 Januari 2015. Time flew damn really fast sampaikan aku rasa tahun 2014 aku hanya dipenuhi dengan sekolah, study dan kawan. Bab Family macam suku pun tak sampai dalam kotak memori 2014 aku. Haish. Hahaha aku patutnya tulis entri ni semalamlah baru feel hari terakhir hahahaha Aku kan bukan apa tapi takleh blah ah kalau bukak twitter mahupun facebook mahupun whatsapp semua dipenuhi dengan budak Intek yang hari hari cerita pasal kerinduan pasal sekolah. Aku lemah betul ah. Tahu tak aku rindu nak mati kat korang. Every single moments tau tak. Dah kalo pagi rindu nak bangun kelam kabut sesama, kalo tengahari rindu nak gi dema sesama, kalo petang rindu nak lepak sesama, kalo maghrib rindu nak solat sesama, kalo tengah malam buta rindu nak stay up sesama. Banyak tau tak memori yang sumpah payah betul nak buat buat lupa. Tapi kan memang aku taknak lupa pun sebab tu aku abadikan dalam blog cikai neh. pisshh

Asramaku,Rumahku,Syurgaku lahai 

Walaupun rutin hari-hari tu sama je but still setiap saat tu berbeza lah kan. Hari ni of courselah berbeza kan walaupun rutin tu sama berulang ulang non stop. Aku kan pukul 5.00 am ke 5.15 am mesti terbangun. Tidur ah lewat mana memang waktu tu aku akan terbangun. Tapi pernah lah terbabas sampai pukul 6 baru bangun haha dahlah waktu SPM tuh. Lepas bangun ofcourse lah aku akan kejut dua manusia yang susah bangun terutamanya Una. Milah okay sikit lah haha. Then, ambek tuala keluar dorm and jalan lelaju takut ramai orang tapi berhenti kejap sebab nak ambil bakul mandi -.-". Siap mandi ofcourse lah pakai baju sekolah (aku selalu iron siap2 untuk satu minggu terus sebab malas nak ulang alik tunggu turn nak iron ergh). Stim katil kasi kemas lagi tegang itu cadar then kemas barang yang bersepah-sepah kat lantai dorm.

Aku paling malas kalau hari aku bertugas susun selipar dengan kasut tapi paling rajin hari yang kena tolak katil kasi rapat ke tingkap. Hari bertugas paling bahagia aku adalah hari Isnin sebab kena bertugas Bilik Rehat tapi aku tak pergi hahahahaha so boleh chow bawak beg pergi surau. Disebabkan Bonda suruh Form 5 jalankan program "Hayya a'la sollah Hayya a'la falah" so kitorang subuh pukul 6 tu dah wajibkan kosongkan dorm dah tak dibenarkan balik lepas solat subuh. Means lepas solat subuh pergi breakfast dan terus ke kelas atau anjung untuk study. Kadang-kadang kiteorang buat kelas Addmath yang diajar oleh Kilah dan Aji bertempat di kelas aku ;) Alhamdulillah berjalan dengan lancar tapi budak laki taklah lancar mana. Diorang still pergi balik tidur pastu baru terhegeh-hegeh pergi breakfast. Tak makan saman.

Pukul 7,00 pagi mestilah assembly yang memang hari-hari merungut taknak pergi tapi dah bulan 10 cemtu Bonda lepaskan sebab nak suruh kiteorang sambung buat kelas sementara buadak-budak lain assembly. Taklah membazir masa sebab assembly tu kat dataran tepi kelas. Sambil study boleh lah jugak dengar kan. Selalu kalau hari Jepun (yakni Hari Khamis yang distroke dengan Perancis) mesti ada performance. Diorang selalu menyayi or menari kat tengah dataran. Kita yang nengok neh punyelah jealous dahlah pasang lagu kuat-kuat. Takleh focus doe sibuk duk intai diorang menari apa -.-" Keh then 7.30 dah start belajar sampai 2.30 rehat dan makan dan solat. Kalau hari isnin sekolah sampai 4.30 petang tapi hari lain petang tu ada prep. Hari Jumaat ofcourse sekolah habis awal sebab dak-dak laki nak gi solat kan tapi still pukul 3 pm tu prep.

 Aku kalo prep petang neh jenis malas sket nak study, homework kadang-kadang tak sempat siap sebab asyik berangan sempat buat waktu prep malam. Aku dua bulan sebelum SPM tu lepas habis prep petang terus balik cepat-cepat dan mandi sebab aku pergi sekolah balik. Kadang-kadang letih weh takde masa rehat (unlike orang lain yang balik then boleh ah lepak-lepak rilek dalam dorm hilangkan stress). Aku jenis yang memang mati hidup balik pun tak boleh study dalam dorm dalam keadaan orang yang ramai yang ofcourse bising sebab petang kan. Tapi macam Una, dia boleh study macam tu. Kadang-kadang tukan rasa sunyi gak ah pegi sorang-sorang kat kelas bila orang semua kat asrama. Tapi masa tu memang fikir nak study (walaupun kadang-kadang bersembang dengan orang lain sebab mood study yang gagal diaktifkan luls) Tapi semakin waktu berjalan mendekati SPM, makin ramai ah yang buat macam aku tu. Kadang ada hari aku tak pergi sekolah. Ada yang macam perli "Aih tak gi sekolah ke Nik?" "Weh Nik ade kat dorm ahhhh" "Hmm dah lama tak nampak Nik petang-petang cemni kat dorm" Dan hanya senyum yang mampu diberikan. Cewahhhhh hahaha but i miss that moment ;0

Pukul 7 pm dah siap makan malam terus pergi surau. Solat Maghrib dan Isyak. Totally rindu masa tu solat jemaah sesama, mengaji sesama, dengar tazkirah sesama, qasidah hambar sesama hahaha. Siapa tak rindu kan. Walaupun ada hari yang malas tapi mesti hati mengingatkan :

Bila kita kat sinilah kita buat ibadah banyak-banyak, nak kumpul pahala bnyak-banyak sebab ramai orang buat sesama dengan kita. Nanti bila kita dah keluar dari sini, Confirm solat jemaah, mengaji semua kita tinggal. Takde dah solat jemaah setiap waktu. Nanti rinduu....

gila tak rindu nak solat jemaah sesama dengan imam yang merdu suaranya haha

Sebab tu aku sanggup tunggu imam datang walaupun kadang-kadang zohor dengan asar tu memang jadi makmum masbuk. Rindu kan? Tersangatlah wei. Pukul 9 wajib dah ada kat kelas. Masa tulah pulun nak siapkan homework. Kadang tersangat frust bila kerja berlambak tapi bertembung dengan kelas cikgu lain. Memang kacau bilau ah. Tapi kadang-kadang tu takde homework langsung dan rajinkan diri join kelas orang lain yang buat kelas revision ke hape.

kelas fizik cikgu syed time prep malam, kelas Archimedes&IbnuSina

Dulu pukul 11 baru balik prep tapi sebab banyak kejadian tak diingini berlaku, pukul 10.30 dah boleh blah. Awal-awal happy weh tapi lama-lama mula frust menonggeng sebab tak cukup masa dan kerja berlambak. Selalu kalo supper best, aku balik awal dan itulah gunanya Zakwan dalam kelas sebab dia selalu hafal menu setiap hari. Kalau hari makan roti jala bapak laju balik macam tak jejak tanah berjalan. Dah balik tu aku mestilah tidur dahulu sebab nanti pukul 11 diorang kejut halaqah. Dan aku tahu kalo Halaqah je mesti aku jadi centre of attention semua orang sebab tersengguk-sengguk baca Quran -.-" kalo kene mathurat laginya, memang aku peluk je la mathurat sambil sandar kat lokar then zzzzz. Sometimes, Awatif will join me hahaha buat tersengguk serentak banyak kali sampai Ika tak habis-habis sakat aku sebab tu. Well I'm the champion bab tidur waktu halaqah. Bila aku dah segar lepas tidur yang sekejap tu, semestnya get ready nak stay up. First of all, akan ku buat kopi lepastu ambik meja then sambunglah study. Awal tahun dulu selalu pergi Arum Lily iaitu bilik study yang ada aircond sampai boleh terlentang tidur atas lantai lol tapi sebab tempat keras kan, tak berani ah hahahaha Bertemankan lampu koridor maka mulalah sesi makan biskut kering cecah air oldtown white coffee aku. Teman study malam-malam selalu bertukar, kadang una,kadang milah, kadang misya dan kadang-kadang hampir satu dorm join. Meriah kot dengan Mice yang volunteer buat air teh satu jug hahaha Siap budak dorm lain datang singgah makan.

Well waktu malam buta sangat best hahaha sebab tempat study selalu bertukar. Bosan kot asyik dalam dorm, so merantau ke tengah halaman bawak meja memasing duduk bersila atas simen. Ada hari rajin chop tempat dekat bangku depan dorm bertemankan cahaya bulan (cewahhh menipu aje) sebenarnya lampu spotlight tu sangat membantu menerangi malam .kadang kadang pergi melawat bilik rehat yang akhirnya menyebabkan tertidur kekeke Tidur kadang-kadang pukul 11.30 paling awal tapi mostly pukul 12.30-1.30 am. Kalo tidur pukul 3 tu, bayangkanlah cemana nak bangun pukul 5 pagi. Haih. jadi tolong jangan salahkan bila kiteorang asyik tidur kat sekolah (ni mintak penampo cikgu mad..) So rutin tu berulang setiap hari. Except hari cuti rasa relaks sikit. Tapi aku still pergi sekolah pukul 8.30 am sampai tengah hari, stop pastu balik tidur, kalau rajin sambung pergi lagi dalam pukul 3.00 lepas tidur tu. Dan memang hidup aku kat sekolah, kelas ah tempat paling banyak menghabiskan masa selain dorm. Kadang nampak je letih gaya study hard tapi ada hari tu lepak je manjang sebab mood study takde.  Kalau cuti, aku takde ah selalu sangat dalam kelas, selalu tu tak selesa sebab mana best aku sorang girl bila ada Ariff or Z or Aliff or Ayyub. Tak masuk ape aku nak study. So akan ku ke pondok favourite belakang sana study sorang-sorang dengan angin sepoi-sepoi bahasa, Heaven weh sebab kat depan tu takde orang sangat. Selalu jugak lepak kat tangga court basketball yang tersembunyi tuh (Biasanya waktu exam selalu study dengan Milah kat situ petang-petang). Dan aku sangat-sangat rindu port-port best tu ha. Waktu SPM dulu, ramai orang kat port aku tuh, sampai aku terpaksa duduk kat bangku lobby je study sampai si Amir boleh join sekali. Mungkin gaya aku duduk kat situ nampak macam best dengan angin yang sepoi tu haa hahahaha

kata kata yang selalu diingati kat belakang kelas karya zakwan


[sambung menulis pada 14/1/2015]

Aku sampai sekarang takleh buang tabiat suka makan ni. Dulu takde ah parak sangat tapi sekarang ni ya ampun.. boleh obesiti aku erghh. Selalu dulu atas meja mesti ada bekas makanan kerepek buat makan sambil cikgu mengajar [bila dah letak atas meja, dah macam jadi hak milik satu kelas, siap pass pass buat pusingan makan]. Nampak macam tak senonoh kan tapi cikgu semua tak kisah sebab bila makan tak ngantuk. hahahaha cikgu tahu itu. Tapi kalu hari yang parak, time mengunyah pun boleh tertidur. Aku waktu PSI laa paling parak tahan ngantuk. Sebenarnya takde tahan tahan dah pun, tidur je terus sambil sengguk sengguk. Memang bukan aku sorang lah. Almost satu kelas macam tu. Ustaz Munawwar tak kisah pun hahahaha dia siap cakap kalo nak tidur jangan bagi cg yang lalu kat tepi kelas tu perasan. Maka dengan itu semua tidur sambil badan tegak. rindu...

Aku usha twitter dengan facebook Intek. hahahaha asal banyak sangat muka aku termasuk sekali dalam gambar-gambar yang cikgu Syed ambil ni. hahahaha Banyak jugak muka aku waktu graduasi hahaha sebab memula frust cikgu tak ambek gambar area aku. Sekali cikgu nak ambek gambar, beria muka aku zul dengan zakwan hahaha berharap sangat ni


Waktu yang best sebab dapat naik stage sorang sorang hahahaha

Banyak sangat rasanya memori yang indah-indah belaka sampaikan aku nak masukkan semua dalam satu entry ni. Arhh lantaklah nanti aku jugak yang nak mengenang semua ni hahahaha

Habis aje campfire,terus pakat selfie dalam dorm. Taktahu kenapa aku join ngeh

Beria ambek gambar raya 4IK, gambar dengan 5IS takde pun haha rindu jugak
Whatever it is, aku rindu setiap saat kat sana walaupun sepanjang duk sana hari-hari cakap nak balik. Still, korang the best wahai Erudite walaupun batch kita paling banyak buat masalah, buat cikgu menangis, buat cikgu kecewa. Kita sendiri dah banyak sangat menangis sebab ni semua. Aku sayang semua wahai Kasturi Aisyah, 5 Ibnu Sina dan Erudite yang dah macam adik beradik. Aku rindu nak nyanyi ramai-ramai, tengok movie sesama, tengok hindustan sampai menangis pun sesama. Banyak sangat benda yang kita buat sama-sama hihihihi


The beautiful us, Erudite.

p/s gambar dikreditkan pada semua ahli Erudite sebab aku dah lupa aku ambil yang siapa punya dekat FB tu haa. Maafkan daku. Aku hanya ingat Jiha,Afiqah,Cikgu Syed. hahahahaha





<<
>>