♥Mati itu pasti.
Tuesday, January 27, 2015 | 11:00 PM |
Assalamualaikum.
Alhamdulillah Allah masih memberi nyawa pada diri ini untuk terus bertaubat dan terus istiqamah dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim. Mati itu pasti,
Jumaat, 23 Januari 2015.
Pagi yang damai, kami, Erudite dikejutkan dengan berita pemergian sahabat kami, arwah Adib Afdhal. Pemergian yang sangat terkesan di jiwa kami. Sangat terkesan. Perginya seorang sahabat pada penghulu segala hari. Allah menyayangi mu sahabat. Jujur dikatakan, aku tak rapat sangat dengan arwah tapi pemergian dia buat aku terkelu, terkedu dan fikiran melayang mengingatkan segala momen yang pernah wujud antara arwah dan aku. Maafkan segala salah silap ku sepanjang mengenalimu...
Diari ditulis pada hari Sabtu iaitu 11 Oktober 2014.
Aku tengah study ni dekat pondok. Okay something yang lawak terjadi.. tadi kan, waktu aku duduk kat sini sorang sorang, Adib datang. Tapi gaya lawak sangat sebab dia terkejut tengok aku macam nampak hantu. Terkaku 10saat kat situ yang menyebabkan aku hampir tergelak. Aku dah ah tak suka dia boleh pulak senyum macam tu.. Dia pun berlalu pergi pondok depan aku. Tetiba dia jerit..
Adib: Ehhh kau sapa nama?
Aku angkat kepala sebab aku tak sure siapa yang bertanya dan soalan itu ditujukan kat sape.
Adib: Nik kan? Aku angguk.Adib: Kau kan yang bagi hadiah payung?
Aku tergelak sambil angguk pastu dia tanya,
Adib: Kau dapat hadiah yang sampul bunga bunga kan? Aku angguk.
Adib:Kau tahu tak sapa bagi? Aku geleng kepala.
Adib: Aku lahhhhhhh tuuuuu.
Aku muka gaya tak percaya gila cakap,
Aku: Hahhhhhh!!!! Serius laaaaahhhh??!!
Adib: Ye lahhh..
Aku: Sorryyyyy ahhhhh
(Aku cakap sorry kat dia sebab dia dapat payung warna biru lembut yang girlish habis hasil rembat dari koop ngehehehe dan aku doa yang dapat hadiah aku tu perempuan tapi nasib dia tak baik dapat payung aku tu..)
Adib: Takpeeee..
Dan perbualan berakhir disitu. Nampak tak yang aku susah gila nak bercakap hanya angguk geleng je bila dia tanya ngehehe Tapi aku sangat rasa lawak gila cemana lah dia boleh dapat hadiah aku dan aku dapat hadiah dia. Haihhhhh dahlah cabutan tu random.
Hadiah daripada dia aku dapat mug dan tuala kecik yang cantik gila. Waktu tu bangga gila sebab dia bubuh dua benda tu dalam kotak besar. Sampai semua cakap aku bertuah dapat hadiah besaqqq tau.
Bila ingat balik, tak tahulah kenapa waktu tu terdetik nak tulis diari pasal benda ni. Sekarang aku tahu. Bila kau dah takde... Aku tahu kenapa Allah terdetikkan hati aku nak tulis pasal kau.
Maaf atas segala kekasaran yang pernah aku buat dulu. Banyak sangat rasanya sama ada kau sedar atau tak. Waktu aku usha gambar dalam album Alya kat fb, aku terperasan gambar kelas korang dekat De Rhu. Dalam ramai-ramai, kau sorang je yang pegang hadiah. Dan hadiah tu hadiah aku. Bangga tau :)
Tapi Allah sayang kau Adib. Tiga hari kau tak sedarkan diri dan pada hari Jumaat yang penuh barakah, Allah ambil kau. Tanda Dia sayang kan.. Waktu kau tak sedarkan diri, kau tahu Adib, kau punya kawan-kawan yang hebat. Yang sentiasa disisi kau, bergilir-gilir jaga kau bila malam sebab kesian dekat mak kau. Haiqal cakap, bila kemaafan dibisikkan kat telinga kau, air mata kau mengalir tanda kau dengar. Berebut rebut kami kirimkan maaf supaya diorang boleh bisikkan kat kau. Aku sampaikan melalui Azim. Aku harap kau sempat dengar kemaafan dari aku. Bila kau dah takda, sahabat sahabat tadi masih lagi disisi kau dan mengiringi jenazah kau dari Serdang ke Besut. Ramai sangat Adib. Itu yang mengiringi, belum termasuk yang turun ke Besut tunggu jenazah kau sampai sebab nak jugak tengok kau buat kali terakhir. Ya Allah.. bangganya aku dengan sahabat sahabat ni. Sahabat kita. Sanggup mereka tunggu sampai ke awal pagi sebab kau dikebumi pukul 2 pagi. Milah cakap kan, budak2 laki batch kita berebut nak angkat jenazah kau. Spesialnya kau Adib disayangi semua orang. Maafkanlah kami semua.
Bukan hanya kami, cikgu cikgu yang mengajar kau turut menangis. Sebab kau kan best student, mesti cikgu-cikgu sayang. Aku ingat lagi waktu gabung dengan kelas kau waktu kimia.. kau selalu tanya cikgu ape-ape masalah, sanggup berhimpit semata-mata nak duduk meja depan. Ciri orang yang cemerlang. Halalkan segala ilmu yang pernah kau berikan kepada kami. Banyak sangat. Ada orang cakap kan, Teacher Zana tak sanggup nak masuk mengajar kelas Einstein, sebab takut teringatkan kau. Sayangnya seorang guru kat kau.
Ya Allah Ampunilah segala dosa sahabat kami, Mohd Adib Afdhal Razali dan tempatkanlah dia dikalangan hamba-hambaMu yang beriman. Innalillahiwainnailaihirajiun. Al Fatihah.
p/s: harini, Selasa 27 Januari 2015, sekolah buat Tahlil Perdana untuk Arwah Adib. Dan Erudite yang uruskan. Jujur, aku dah confirm nak pergi tapi terpaksa cancel last minute. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Aku tak tahu nak cakap apa. Bangga yang teramat dengan semangat batch yang menguruskan majlis, para imam dan bilal, dan ahli-ahli batch yang sanggup datang. Hampir separuh batch hadir. Yang tak hadir sebab takde kenaikan dan jauh seperti kami ni haa di Terengganu, Kelantan, Selangor even di Pahang sendiri.
Alhamdulillah perancangan Allah itu yang terbaik buat kita. Tabahkan hati dan teruskan hidup :)
>> || <<