FOLLOWCASTLE




Asyiqin's





niki@byeongari


♥3 DAYS TO GO
Wednesday, May 20, 2015 | 10:40 AM | 0 bias

Saje taruk gambar korang menari lagu EXO time hari guru. kemain tau isk

Assalamualaikum w.b.t

Wuhooooooo lagi 3 hari nak pi matrik ni. Kolej Matrikulasi Kelantan please be nice to me. Tak pernah pernah aku happy tak sabor cenggini nak tinggalkan rumoh. Kali ni tahap kebosanan dah melebihi level maksimum. Rase macam useless hopeless gila duduk rumah tak study. Nak refresh balik memang tak ah. Yesssss ilmuuu please come to mama. Lepas ni kenkonon nak study betul betul. Taknak memain dah. Walaupun dulu aku takde ah memain sangat kat sekoloh. Tapi takpe. Usaha tu penting. Allah pandang usaha sayangggggg..

Eventho aku sorang je dari Erudite Peghincess (Gegurl gegeli aku dengor nak taip pun malu hahahaha) yang tercampak pergi Kelantan ni. I is happy sebab FAQIHAH ACGCPS and AFIQAH HILMI (nama nama lejen ni hahahaha) bakal menyertai pengembaraan aku masuk hutan kelantan hewhew PENGEMBARAAN BERMULA!!  Ohyeah tahap eksaited melampaui batas batas manusia normal -.-" Daripada wasep batch tu, guwa tahu ramai yang dapat UIA PJ dengan MATRIK GAMBANG. Pergilah korang pergilaaaaaa mengadap muka sama je. Nanti berkepit dengan sek sek Erudite je. Ciss ayat jealous sebenarnya ni. Takpe, pergi sana nak belajar kan. Setahun je weh setahun please bertahan. Awatif pesan : Harammunim, nanti masuk matrik kita selalu buat facetime tau. Aku rase nak hempuk je dia ni, Ingat aku pakai aipongsik macam dia ke hape. Kalo depan mata, nak je aku terajang masuk longkang watip ni. Isk emo tau. Tak pernah tak emo. Mohon mengerti.

Aku dah habis doa dah ni harap-harap dak dak laki kelas aku takde yang pergi matrik kelantan. Walaupun aku tau Zul nak pergi, Aku doalah jugak moga dia ubah fikiran pergi tempat lain. Hahahaha sesuka hati doa orang cemtu. Entah, aku kalau boleh bila dah terima hakikat yang aku sorang je pergi kelantan ni, biar aku betul betul sorang je pergi sana (padahal setiap kali chat dengan orang sibuk duk mengadu cakap sedih asal aku sorang je tercampak kat kelantan) (bangangtahapgaban). Susoh betul jadi aku, semua bende tak kene. Tak suka dapat Matrik Kelantan tahap dah guling guling atas lantai jalan pun nak hentak kaki bagai tapi kemas baju kemain laju dah gaya nak pindah rumah dah ni. Barang barang semua dah siap beli hewhew. Aku tak paham dengan diri sendiri -.-"

16 MEI 2015

Happy Teacher's day cikgu cikgu sayang. Dari kecik sampai besor, umi papa yang mendidik. Lepastu masuk Pasti Al Khauthar II ->SK Tengku Ampuan Mariam ->SMA Khairiah -> SMKA Sheikh Abdul Malek -> SBP Integrasi Kuantan. Dengan banyaknya bilangan sekolah, maka banyak lah guru guru yang berjasa pada diri ini. Cewahh. Terima Kasih cikgu cikgu yang mengajar tanpa jemu, mengajar dengan ikhlas, yang sentiasa caring rajin kasi homework tapi amat jarang sekali nak check homework budak annoying ni yang memang tak pernah siap. Sobs. Mesti sedih kalu cikgu baca ni. Nilah sebab tak berjaya. Homework harom nok siap. Kalau siap hasil usahasama meniru membe yang terlebih rajin. Huk aloh. Chill. Zaman sekolah dah lepas. Barang yang lepas jangan dikenang. Aku sebenarnya budak yang baik kat sekolah. Cikgu-cikgu semua cakap awok ni tak banyak cakap. Hahahahahahaha yesss aku admit memang aku jenis tak bercakap sangat dalam kelas. Duduk dalam kelas, atas kepala aku macam ade bulatan yang bercahaya, (sila bayangkan macam mana) muka pun sok sok suci. Orang yang tak rapat semua macam " Baiknya Nik, Senyap nya Nik, Senyum sokmo Nik and the list go on....." This is people first impressions for me. Until... ko duduk dengan aku untuk atleast 3 days and sumpah ko takkan nak cakap aku baik lagi dan level menyampah ko dekat aku makin lama makin naik. Hahahahahaha ni yang berlaku dekat budak budak kelas aku, budak budak dorm aku. Mereka lebih mengetahui bahahahahaha Ko tak tahu berapa banyak kali Zack sound aku dalam kelas dengan suara lantang " Senyaplaaahhhhhhhhh Nik!!!!" "Diamlahhhhhhh Nikkkkk!!" dan bila dia nak marah tapi dia cover ayat dia berbunyi "Nik.... please Nik please 5 minit je ko diam Nik please..." Hahahahaha. 

Sebenarnya aku dah merapu dari main point nak cakap pasal hari guru ni. Tadi dah cakap kan aku ni budak baik tak banyak buat hal kat sekolah. Maneade rekod jenayah walaupun sekecil kecik kesalahan seperti kuku panjang atau stoking pendek (aku pun taktau ni kesalahan besar ke kecik hewhew). Aku memang pegang title budak baik ni tau sampailah aku masuk Intek. Tahap nightmare yang menggile. Bermula dengan bawak handphone. Aku taktau yang sekolah tu memang harom bawak fon yang kalau sesiapa kantoi henfon kene rampas. Yang tu leklek je kan. Semua sekolah cenggitu. Tapi ini tahap tuan punya badan kene lempor sendiri henfon kasi berkecai atau masukkan henfon kesayangan anda kedalam baldi yang berisi air, Pergh berderai hatiku. Lagi parak Cikgu yang rampas  henfon kita boleh leklek guna fon kita macam hak milik dia //nangis dalam toilet// Itu baru first stage, Second stage ko akan hadapi pandangan sinis dari manusia manusia termasuk bestpreng ko hahahahahaha Kan dah cakap bawak fon ibarat jenayah besar. Tapi... ade aku kesah sebab aku tak pernah kantoi. Gigih gak ah bawak sebab manusia lain tak tahu betapa menderitanya ko setiap kali nak balik sampai lewat pukul 11 atau 12 malam sorang2 dekat Terminal. Aku pernah alami ni dan aku takkan lupa rase nak menangis tak bawak fon lepastu sampai terminal lupa nak pinjam fon orang nak call mak bagitau dah sampai. It was 12 am. Ketor-ketor aku turun tangga bas dengan hati sayu sekali pusing kanan nampak mak ayah aku dah tunggu. Hahahahahaha keh tak jadi nangis. (sorry for the annoying story..)

Back to the cerita guru, walaupun banyak kali kene denda kan. Still the memories wont fade. Lagi rindu adalaaaahh dekat cikgu cikgu. Masihkan ingat dengan cerita waktu form 4 yang aku kene bentang subjek arab sampai kena psycho nak menangis depan kelas? hahahaha itu baru permulaan. Naik form 5, kene berlari dataran pakai baju pengakap dan lari keliling dalam kelas waktu tu sebab tak dapat jawab arab. (yess arab lagi dan ustaz yang sama hahaha). Malu ya Allah taktau nak cakap cemana takut juniors nampak. Pergh jatuh air muka beb. Lepas lari pastu nangis berjemaah dalam kelas. Muka ketat semua pergi kelas BI. Semua hilang mood dan Mizu just cant stop crying...even a second. Miss Aizar yang aku mark garang tuh, terus tak mengajar haritu demi buat lawak nak suruh kitaorang happy lepastu pujuk Mizu. Sedih doo and Miss Aizar sangat penyayang orangnya //creys rinduu// Belum masuk lagi part kena herdik, maki semua tuh. Kalau bukan sebab nak SPM dah lama aku pindah sekolah hahaha. Part Cikgu Mad mengamuk hentak meja, jerkah sampai kelas paling hujung boleh dengar. Berdiri sebelah dia sebab trial Addmath teruk. Betapa gigih tahan air mata cakap kat hati "please jangan nangis please jangan nangis depan kelas, please jangan nangis depan Cikgu Mad ni..." Aku berjaya tahan air mata tapi sampai je tempat duduk terus tunduk kesat air mata yang tak menyabor nak keluor. Iskkkk tapi dengan Cikgu Mad aku cepat sejuk sebab lepas tu terus rajin pergi jumpa dia kat bilik guru tanya Addmath. Belum masuk kelas teater Cikgu Asmui lagi hahahahaha part kene menyanyi lagu Kalau Aku Kaya. Takleh blah asal perempuan yang kena rap hahaha macam macam idea cikgu nok suruh kita belajo dengan baik //thumbs up// Terima kasih Cikgu Cikgu......

Dalam ajarannya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam diamnya ada kebijaksanaan,
Dalam tangannya ada sahsiah terbina.


Nah belanja gambar cikgu cikgu Intek. I kenot brain the cutenesss. pls

Psssstttttt; Ada orang tu cakap nak hapdet blog, aku tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punyaaaa tungguuuu (its up to you kalau nak sambung lagi..) haram jadah takde. Woi mok, hapdet lah cepat. Rindunyaaaaaaaaaaaaa lahai isk isk isk isk



<<
>>