Saturday, September 10, 2016 | 3:05 PM |
Assalamualaikum
Alhamdulillah masih boleh menulis disini hahahaha ye aku sekarang dah masuk degree. Di
Universiti Putra Malaysia. Di
Kolej Keenam. Kos Sains Bahan. Aku sebenarnya still tak percaya yang aku masih setia ambil kos sains dan tidaklah aku tahu yang kos ni belajar
FIZIK semata-mata. Waktu start belajar balik semua ni rasa nak nangis pun ada. Nak tukar kos? Kau tunggu mereput setahun dulu. Setakat yang aku belajar ni, aku masih blurrrrr sebab jiwa aku memang tak tenang selagi orientasi tak habis. Kenapa orientasi belum habis? Orientasi universiti yang dipanggil
Minggu Perkasa Putra tu tiga hari je so dah lama habis. yang bakinya adalah orientasi kolej selama seminggu. Aku penat okay balik kelas petang kadang maghrib pastu orientasi pulak malam tu habis lewat dan esoknya kelas pagi. Tak dinafikan ada yang fun tapi malam yang kena ragging tu sumpah tak langsung sebab esoknya aku ade kelas dari pagi sampai maghrib. Seharian kaki aku sakit nak berjalan dahlah takde bas. Pelik kenapa universiti besar macam tu aku tak naik bas? Sebabnya kolej aku dikatakan dekat dengan fakulti, so bas tak ambik kiteorang. Option yang ada ialah jalan kaki ataupun naik basikal. Maka berjalan kaki pilihan aku hahahaha
K aku dah malas nak cakap pasal kelas sebab bile terfikir pun dah buat aku letih. Moving on kepada
Kolej Keenam kesanyangan itew. Ini lagi satu yang membuatkan aku sedih. Kenapa majoriti orang tak tahu dimana terletaknya Kolej Keenam ni? Like seriously?! Meh sini aku bagitau kenapa. Pertamanya kolej ni atas bukit dan pintu masuk pun lorong kecik je dekat selekoh pulak tu. Yang kedua mata akan dikaburi dengan kolej depan kiteorang which is Kolej Cancelor. Sebelah Cancelor orang terus nampak KTDI tanpa perasan dekat tengah tengah tu ade lorong untuk naik ke Kolej Keenam. Sebenarnya kalau daripada pintu masuk dekat Padang Kawad kan dah nampak bangunan Kolej Keenam dekat belakang. Tapi anda akan nampak Blok Atlet MSN dulu. Ye blok atlet tu memang dalam Kolej Keenam. Jangan cakap kenal blok atlet tapi tak kenal Kolej Keenam okay.
Hari Khamis malam tu kan orientasi pastu kiteorang kena buat persembahan. Tajuknya puisi drama dan kiteorang decide untuk buat tajuk persahabatan. Aku takleh blah sebab aku kena berlakon luls paling kelakar aku yang volunteer. Bukan apa, group aku paling sikit tau pastu lagi 2 orang manusia missing in action. Lagi 2 orang pulak sibuk practice MTB. So, tinggallah 10 orang untuk jayakan. Aku taknaklah menyerlah sebagai orang yang tak berguna dalam group. Maka jadilah aku yang bawak watak budak sekolah yang menari dalam hujan pastu kene tolak masuk lumpur hahaha. Kiteorang dahlah siapkan props beberapa minit sebelum naik pentas waktu tu aku pun dah takde mood nak buat persembahan. Pastu semua cakap, yang kite buat all out untuk malam tu tapi jangan sampai terpilih untuk ke pusingan akhir. Sebab utama semua orang dah taknak berlakon lagi. Tup tup waktu diumumkan 3 team masuk akhir kumpulan kiteorang yang first. Nak taknak kena jugaklah buat penambahbaikan untuk dipersembah depan pengetua minggu depan. Nak nangis pun ado nih. Tapi faci cakap dapat merit, maka aku gagahkan juga untuk ke final.
Aku nak ucapkan berbanyak banyak terima kasih dekat
GROUP 8. Sepanjang orientasi duduk dengan korang bapak best semua sporting. Aku enjoy je sebenarnya walaupun kadang ade jugaklah konflik. Habis orientasi bak kata Rizal, jangan left group okay. Kalau nak jugak, korang isilah form yang dia dah hantar tu. Sampai mati pun aku rasa takleh nak keluar hahaha.
Kak Ilah, Dayah, Rubee, Syuhada, Nasuha, Nadhirah, Bunga, Stephanie, Vithiya, Ammalene, Nyzmira, Rizal, Arif
Moga kita semua dapat stay kolej sampai final year okay! Kumpul merit bebanyak dan harap semua berjaya dalam bidang memasing.
Lots of love,
Nik.
>> || <<