FOLLOW✿CASTLE




Asyiqin's





niki@byeongari


♥Trip to Perak
Wednesday, May 10, 2017 | 1:14 PM | 0 bias

Yayyyyyyyyyyyyyy finally I can blog about my trip to Perakkkk #dahlamaberlalu.

Sabtu, 22 April 2017

Pagi-pagi lagi Syu dah kejut suruh siap packing belaka nak gerak //aku dah siap packing k tunggu nak mandi je//. Lepak kat foyer aras satu jap and then terus gerak. Pergi Perak ni pakai dua kereta ; kereta Atul dengan Aida. Sebabkan kiteorang ade tujuh maka Atul,Syu,Wak dengan aku satu kereta. Lisa,Anis dengan Aida satu kereta. First sekali gerak ke K10 for some reason. Dan this nightmare happened! Atul reverse kereta pastu terlanggar divider belakang. Yelah dah kat situ jalan sehala mana muat nak reverse bagai lol Tapi cuak nak mati k sebab bumper belakang kereta dah terangkat! Mau gugur jantung. Tak gerak jauh pun lagi baru sampai situ dah bercalar kereta #keretabaru. Syu dengan Wak blah masuk k11 tinggalah aku dengan Atul macam orang gila pikir cemana nak baiki balik. //siap pikir nak bawak pergi bengkel kot// Atul try masukkan dalam skru balik dan nampaklah okay sikit. Pastu ketuk sikit then wallah dah boleh cover hahahahahahhah aku waktu tu doa parents atul tak mintak duit ganti rugi je lol

Sambung gerak singgah stesen minyak jap pastu terus ke Ipoh! Atul drive sampai rnr Tapah sebab aku gedik nak pergi toilet. Aku sambung drive dari Tapah ke Ipoh. Actually nak pergi Teluk Intan ; rumah nenek Aida. Tapi demi nasi vanggey, ayuhlah ke Ipoh. Sampai kedai tu, sumpah ramai gila orang beratur. Nasib baik diorang pandai cilok then dapat seat pastu dapatlah makan. Impression nasi vanggey: macam nasi lauk kari campur campur beshe je pastu ade telur masin tapi sedap okayyyy lewls

Sempat singgah ambik gambar kat Bandar Ipoh hiks
Tengah ambil gambar, hujan start turun. Pastu terus pergi Teluk Intan. Aku ingatkan dekat! Sekali, sampai sakit belakang drive tak sampai sampai but bila sampai..
Worth sangat drive penatpenat pastu tengok sawah macam ni. This is truly kampung that i wish to have omg the feels
Semua jakun k bila sampai kampung Aida. Tak nak naik rumah sibuk nak bergambar siap nak masuk dalam sawah lagi hahahahaha. Bersyukur gila dapat join pastu dapat tengok scenery yang lawa cemni memang kampung habis. //kiteorang tidur pun hampar tilam ramairamai terbongkang kat ruang tamu tu haa// feeling kene lebih okay. Malam tu kiteorang pergi menara condong dekat pekan je then balik lepak jap pastu tidurrrr zzzz

Ahad, 22 April 2017

Bangun pagi tayah mandi ayuh kite ke Refarm dekat Kampar. Pergi mandi sampai tengahari. Apa yang best? Kolam dia bestlah jugak sebab pakai air bukit pastu ade mini zoo //best untuk atul yang asyik cakap nak pergi zoo haha// Lepas mandi, siap cantikcantik pergi The Trails of Kampar. Kat situ cantik gila okay dia punya bangunan macam english style punya. Port ambil gambar hipster boleh ler


After balik ni pun memang dah penat dan dah lewat. Hajatnya nak turun sawah hahahaha sekali dekat maghrib baru sampai rumah. Malam tu pun tak keluar pergi manamana sebab semua malas. Lepak jelah kan sambil bonding dengan nenek Aida kat rumah haha

Isnin, 23 April 2017

Dah nak balik //sobs// pagi tu siap siap salam dengan nenek aida cakap terima kasih semua tapi lupa nak ambil gambar dengan atuknenek hmm On the way balik pergi Kellie's Castle time tengah panas nak mati. First time sampai sana memang impressed dengan binaan dia weh pastu besar kan. Lagi power naik sampai rooftop atas sekali sampai ketarrrr lutut nak berdiri. Tapi demi pengalaman ku gagahkan juaaa lalalala Sesak nafas jap dia punya ketar tu hahaha Habis je sesi lawatan sambung terus ke Sungkai sebab Wak recommend makan Nasi Bamboo dekat tepi highway yang maha famous katanya. Sampai je memang ramai orang tapi mujur parkingnya ado. Dapat je makan, Ya Allah sedap gila kot sebab tengah kebulur kan tapi memang sedap sampai budak ni pakat menambah nasi. Tak sia sia singgah.

Dannnnnnnn perjalanan balik ke UPM. Aku drive start dari Sungkai ke UPM sebab kesiankan Atul dia ada discussion after sampai kolej. Penat dia tayah cakaplah kan. Sampai je UPM, bawak turun barang semua pastu sambung pergi Sepang sebab nak hantar kereta Atul. Lama gila kot nak sampai sobs. Hantar kereta Atul, balik ke UPM semula sebab nak tukar orang untuk hantar kereta Aida kat Shah Alam. Maka tamatlah trip kami.

p/s: Pagi esok tu kiteorang ade lab pukul 8pagi!!!!!!!! Sumpah barai nak mati time eksperimen pun fikiran melayang pikir balik nak tidur je sobs

//while i'm writing this, Atul ketuk pintu suruh bukak, pastu muncullah SEKETUL JANNAH!!! OMG comel gila jannah woiiiiiiii nak picit picit je//









<<
>>